Skip to main content

sambung belajar atau kerja?

sambung belajar atau kerja?

soalan ni memang selalu dibahaskan, cewah. maknanya selalu menjadi igauan, persoalan yang boleh ganggu lena tidur malam mu. betul ke tak betul? tanya diri sendiri.

kita nak cakap lebih-lebih, kita pun bukan arif sangat. kita pun student lagi. hee. cuma, boleh kongsikan pengalaman je. lepas habis je exam degree dulu, terus kemas segala barang angkut balik kampung. waktu ni, family dah pindah ke kampung. tidak lagi duduk dalam kawasan utm. terasa sedih jugak la sebab bertahun membesar duduk dalam kawasan utm. 

nak dijadikan cerita, dalam 2 bulan lepas tu keje part time sebagai pembantu penyelidik (research assistant, r.a) dengan lecturer. sebabnya ada kawan-kawan cari pengganti sebab dorang dapat better offer. okeh jom lah, bawak geng sekali try pegi interview. hehe. takda la formal sangat interview, setakat bincang itu ini pasal grant research, projek, skop kerja, bayaran apa semua. dan alhamdulillah dapat keje r.a. 

waktu ni, ada beberapa orang kawan kita dah sambung master degree dekat utm. kita yang sebagai r.a part time ni macam berkobar-kobar tengok dorang sekumpulan pegi sana-sini bersama, bincang benda yang sama, dan lain-lain. macam jeles la gitu bahasa mudah. dalam hati, moga-moga ada peluang untuk sambung nanti. kalau di utm (pada masa kita final year), memang awal-awal ramai dah student dapat offer untuk sambung master. laju seh postgraduate school buat marketing untuk tarik minat pelajar. hehe. waktu tu, boleh decide terima ke tangguh ke decline terus ke. dan fikir la dulu masak-masak. sebab dalam hati kau mesti tengah berkobar-kobar, wah aku dapat offer master laa. macam happy sangat hidup masa tu

namun, semuanya berbalik pada rezeki. kalau Allah perintahkan itu rezeki kita pada masa itu, ye itu rezeki kita. pengalaman kita, masa untuk pendaftaran intake september (tahun 2013 kot) bukan rezeki kita untuk register. pada masa tu, lepas bincang dengan family, kata sepakat hold dulu keinginan untuk sambung master. sebab adik ku sayang akan masuk umt pada intake yang sama. hee. happy untuk adik. kita kena faham, bukan semua family berkemampuan untuk tampung kos pengajian atau lain-lain. pada masa tu, ingat lagi abah pesan; abah tak halang kakak untuk sambung master, cuma mungkin kita perlu beri peluang pada adik dulu. 

kita sebagai anak; hanya diam waktu tu. tak mampu balas dengan kata-kata. malam tu macam sedih melampau dan mampu nangis je. sebab rasa sedih sangat impian nak sambung belajar ikut member-member tak tertunai, ketika itu. haa ada nampak tak niat tu ke mana? mungkin sebab niat kita ni macam ke mana je, Dia tangguhkan dulu rezeki kita. maka, pertamanya, niat kita kena betulkan. untuk apa sambung belajar, kita kena fikirkan. tak boleh suka-suka ikut kawan. ok tak pa, kita terima dengan hati terbuka, cewah. hee. ada hikmah juga, sebab lepas kita tak jadi sambung masa tu, lecturer kita offer untuk jadi r.a 1 projek konsultansi dengan 1 developer ni. 

ok la, buat kerja macam kita nak buat final year project tu. cari literature sikit, and kita ditugaskan oleh ketua projek untuk tolong kerja-kerja admin. ok kan, ada peluang jumpa orang sana-sini, belajar itu ini, tak rugi juga kan. gaji pun cukup cover makan minum, duit sewa bilik, minyak kereta (bagi kat tuan punya kereta sebab tumpang kereta dia pi mana-mana. haha), dapat bagi sikit pada emak abah and adik yang dekat uni sana tu. happy juga. tak lupa, masih menyimpan hasrat untuk sambung belajar jauh di lubuk hati ku yang paling dalam. haha

dah settle semua pendokumentasian untuk projek tu, dalam akhir januari 2014. ada lecturer offer kita untuk sambung study. alhamdulillah dah nak capai dah ni hasrat lubuk hati paling dalam. huhu. dengan duit simpanan sikit masa kerja r.a, bincang dengan abah mak, dorang sokong je apa yang kita nak buat. akhirnya daftar juga jadi pelajar master di utm intake februari 2013/2014. tapi buat di fakulti lain daripada masa degree. bermula lah hidup sebagai student. namun, bukan mudah juga bila kita dah masuk alam posgraduate ni. hihihi. penuh onak liku berombak. hehe.

ha yang tu nanti kita story tau! :)

apa pun, bila nak sambung belajar. niat kita kerana apa. apa-apa bermula dengan niat, insyaAllah niat kita baik untuk cari, belajar, teroka ilmu Allah ni, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan.

selain tu, sokongan keluarga. dorang lah tempat kita untuk kita luahkan segala apa yang terbuku dalam hati. kalau stress buat itu ini, shoot terus balik rumah. 1 ketenangan yang kau je akan rasa bila ada kat rumah. best kan? walau dorang tak faham apa yang kau tengah tulis untuk research/tesis kau, percayalah, dorang tu adalah sumber kekuatan yang terbaik kita ada.

sokongan kawan-kawan seangkatan. yang ni pun sangat main peranan. kalau eden ni, terasa 1 kejanggalan. sebab, beza fakulti. padahal takda apa pun. buat macam biasa je. korang boleh share macam-macam sebab dorang akan faham apa yang kita rasa. pahtu ajak join apa-apa aktiviti. ikut fakulti tu arrange aktiviti apa-apa ke, kalau aktif, banyak aktiviti kau boleh join. kalau tak, kita kena cari mana-mana peluang aktiviti yang boleh suburkan semangat nak tulis tesis, upgrade apa-apa skills ke. takpun, mesti postgraduate school uni masing-masing dah siap-siap agenda tahunan dorang kan. tinggal rajin malas je nak check website and join (macam aku la tu haha)

sokongan kawan-kawan yang dah bekerja. kita jangan pulak mendabik dada, oh aku sambung master kot. kau keje pakai degree je. hampeh kalau jumpa orang macam ni. jangan ok. jangan sesekali buat macam ni. mungkin antara kawan yang dah keje tu, teringin nak sambung belajar juga. takpun, kita ni ha yang sambung belajar, mesti rasa eh bestnya orang dah kerja. ha kan, betul tak? kita kena hormat keputusan masing-masing. dan masing-masing punya rezeki. eratkan silaturahim kalian. geng-geng kita yang dah kerja dalam industri banyak benda/input kita boleh dapat dari dorang semua. 

tak lupa juga faktor kewangan. sekarang ni agak sukar juga nak dapat mana-mana scholarship. tapi takpa, usaha cari dulu, apply, mana tahu ada rezeki. kalau ada yang nak kerja part time kat mana, boleh takda masalah. cuma kena pandai bahagi masa, biar dua-dua kita boleh laksanakan dengan baik. tanggungjawab kan :)

kalau stress ke apa ke, kena fikir balik. kita pilih jalan ni, maka kita kena usahakan sebaik mana yang kita mampu buat. semua orang akan ada rasa stress. kena kawal dan muhasabah diri banyak-banyak. takda benda mudah bila buat apa-apa. bak kata coach awin, positif ju! hehe.

okeh, penat juga bebel dalam hati sambil menulis ni. nanti sambung lagi ya.



Comments

Popular posts from this blog

ponstan & kopiko

assalamualaikum, harap semua sihat-sihat belaka :) kita baru baik demam. haritu sikit-sikit simptom dia datang. mula-mula selsema. kita kalau selsema, teruk ler. dalam 1jam boleh berpuluh kali bersin. sebab setiap 1 kali bersin, ada 3 kali. haha. macam free gift gitu. lepas tu, malam dah mula sejuk badan, siap pakai stokin dalam bilik padahal bilik tu berbahang sebab mengadap matahari. makan ubat selsema, panadol, sakit tekak terus tidur. masyukk. esok pagi bangun, dah kurang sikit. alhamdulillah. balik rumah masa cuti raya haji aritu, kaklong pulak mata merah. panas dalam kot. siap bertahi mata gitu. haah, dia 1 family balik kluang, semua demam. yayas demam, abang megat demam, kakak pun ikut sekali. yang abang megat mata bengkak. ingatkan kenapa, rupanya ada alahan dengan ubat apa entah yang dia makan sebelum ni. maybe sebab abang makan ubat yang dr beri pada along, tak sesuai dengan sistem badan dia. naaa bengkak mata, kena cahaya silau, pedih katanya. alhamdulillah, sekaran

taktik awal eden nak survive postgraduate life!

ok, kita sambung pasal master atau kerja? macamana eden meneruskan hidup sebagai pelajar ni. apa je tajuk post ni. kelakar pulak rasa. bedal lah, amaran ya. taktik/cerita ni mungkin sesuai dengan anda mahupun tidak. maka jangan blame kat saya kalau tak sama ok. (dah macam review product skincare pulak dah!) yup , lepas   daftar je   sebagai master student, dah tentu la kena prepare and update proposal. eden daftar untuk research, maka kurang sikit kelas. kecuali masa semester 1, ada kelas research methodology, 1 kelas subjek universiti (kita ambik kelas global issue-campur dengan student dari fakulti lain), lagi tak ingat. hee . sambil sambung ni, untuk generate income juga, kita jadi r.a dengan supervisor. tolong buat  research, ikut la topik apa grant tu . dari awal lagi semua kena belajar sendiri. sebab jadi r.a bukan je cari literature semata, tapi kena bertanggungjawab untuk uruskan segala claims, dan lain-lain la. haha . masa tu, ingat lagi. sebab takda siapa nak ruj

...tergantung sepi... - Bahagian 1

Kabus pagi di Keyuan Hotel, Chongqing, Republic of China - November 2014  ...berat rasanya sukar diluahkan, bernafas ragu berhembus pilu, perasaan ini tergantung sepi... - Haqiem Rusli - bait-bait lagu itu menusuk jiwa aku. dalam diam aku berfikir, mungkin ini yang dia rasakan. saat pencinta hatinya sepi dari hadir, yang aku rasa hadir dirinya itu wajib untuk dia. dan aku rasa setiap alasan yang dirinya berikan, fikiran aku tak dapat putar dari mana logiknya dia terus sepi. aku kasihan lihat dia. aku rasakan, mungkin hanya sekelumit sedih. namun, hati permaisuri hatiku, hati raja hatiku, pasti. lagi sedih, kecewa dan risau. dalam diam, mungkin dia sembunyikan perasaannya. risau dia, peritnya dia, keseorangan. menempuh tanda tanya dari sekeliling. mulut-mulut yang tentunya tak mampu dia tutup. terus menerus bertanya, malah mendesak. dimana hadirnya dirinya untuk dia. untuk tanggungjawab, untuk amanah yang raja hatiku tebarkan pada sayap dirinya. sebagai