Skip to main content

siapa tak nak cantik? - Part 3

...aha sambung lagi sini... tengok gambar sat.. rehatkan mata. sat lagi nak baca panjang lagi ni. haha

view




sampai kat tioman, ambik hang panas lit-lit eh orang panggil. ye la tu macam ada terbaca orang tulis macam tu *nak jugak kau ni* memang awal dari dalam feri ke bot tu dah siap tepek sunblock la. 3 hari 2 malam tu memang siang kami habiskan masuk keluar air laut. check in loading barang dalam chalet terus bincang terus ke laut gitu. keje nya minum air laut, makan air laut. paham jelah kalau orang tak mahir renang ni. kami mampu tenggelam timbul tertelan air masin ja. bak kata member, janji jangan panik. haha bongeks. malam je sebelum tidur letak aloe vera kat muka sebab dah rasa sunburn tu macam hape, kering and pedih je bila cuci muka. hoila. 

balik dari tioman, naik je kat jeti mersing tu kami rasa macam orang keliling tengok kami tak lepas pandang lah. hahaha. apahal? pacitaaaa (style pak kodi jkk) "asal ah?", dalam hati kami tanya sendiri. takpa ni mesti sebab muka sunburn ni. "adat la pegi pulau", sedapkan hati. balik kolej, mandi. pergh cuci muka pedih gilos! dah seharian tu tepek aloe vera je. tak pakai benda lain dah. dan-dan waktu tu mak abah datang kolej sebab ada kenduri kawin dekat dengan kolej. jumpa mak, tudia. "astagfirullah kakak, gelapnya! habis kulit dah ni. sayang aritu kulit dah putih bersih ni dah makin hitam". erk. kami perasan kulit kami berbelang je dengan beza kulit sebab pakai tudung kan bila tengok cermin. haha. masak! hitam sangat ke? 

lepas tu memang ler jerawat naik macam hapa je. beriya-riya membenjol. keluar je dari bilik-blok kolej, kena matahari ja uih pedih. memerah. malam try tepek bio-oil. dalam seminggu jugak buat macam tu, selang seli dengan aloe-vera waktu siang sebab taknak muka berminyak sangat. rasanya sejak benda ni jadi terus slow-slow tak habiskan pun pakai formula putih memutih tu. waktu ni ada la cerita meletop juga pasal produk macam ni ada merkuri tinggi. tudia dulu masa sekolah belajar dalam makmal main sebut je merkuri, tapi dia punya bahaya tu tak lekat dalam kepala. terus terpikir, adakah ini salah satu kesan dia? oh tidak. tanpa usul periksa (sepertimana sama masa beli dulu haha) kami terus buang. lama sangat nak hilang pedih tu ui. yup muka gelap. jerawat naik. pahtu macam makin kusam. hahah dengan jarang skrub nya, pakej ni semua, pakejjj. 

bertobat lah kami, setia balik dengan cosmoderm. disamping bio-oil, aloe vera gel. time ni dah rajin pakai sunblock bila keluar. bedak compact macam biasa, up sikit tambah lipstick. bahaha. rasa nak ketawa kuat-kuat. umur dah berapa masa ni baru nak acah-acah rajin calit lipstick kat bibir oih. tu pun warna light pink pudar macam tak pakai sebab calit sikit je. kami tak pandai betui bab melawa mekap ni (-.-) tambah lagi eye shadow. muahaha gelak besar lagi. tu pun calit sikit hat warna gelap ja, dark brown. wehei colour semua macam pudar, natural (ke?). haha tak berapa nak berani warna terang lit-lit. haha

...sambung lagi nanti eh. penat plak taip panjang2 sampai dah macam jadi esei nak hantar pertandingan dah ni. hehe

Comments

Popular posts from this blog

ponstan & kopiko

assalamualaikum, harap semua sihat-sihat belaka :) kita baru baik demam. haritu sikit-sikit simptom dia datang. mula-mula selsema. kita kalau selsema, teruk ler. dalam 1jam boleh berpuluh kali bersin. sebab setiap 1 kali bersin, ada 3 kali. haha. macam free gift gitu. lepas tu, malam dah mula sejuk badan, siap pakai stokin dalam bilik padahal bilik tu berbahang sebab mengadap matahari. makan ubat selsema, panadol, sakit tekak terus tidur. masyukk. esok pagi bangun, dah kurang sikit. alhamdulillah. balik rumah masa cuti raya haji aritu, kaklong pulak mata merah. panas dalam kot. siap bertahi mata gitu. haah, dia 1 family balik kluang, semua demam. yayas demam, abang megat demam, kakak pun ikut sekali. yang abang megat mata bengkak. ingatkan kenapa, rupanya ada alahan dengan ubat apa entah yang dia makan sebelum ni. maybe sebab abang makan ubat yang dr beri pada along, tak sesuai dengan sistem badan dia. naaa bengkak mata, kena cahaya silau, pedih katanya. alhamdulillah, sekaran

stalker tak sengaja

aku skroll lagi halaman insta.  satu-persatu aku perhati.  macam-macam info, ragam, momen. mana aku suka, bagi love sikit.  mana yang terkesan dalam hati, aku saved privately.  hehe.  macam stalker dah rasa.  lagi dan lagi skroll ke bawah.  satu ni cantik gambar.  berseni. artistik.  cewah ayat kau.  klik nak stalk account ni pulak.  dah banyak kali aku elak tengok insta ni.  bersebab.  sekadar nak usha kabar gitu.  haha.  terlalu rajin pulak baca segala komen.  itu pun sebab komen baru beberapa je.  baca dan baca.  stuck pada 1 komen dan balasannya.  oh. mungkin betul dia dah berpunya.  aku tewas lagi dalam perasaan.  tewas si stalker tak sengaja. 

sambung belajar atau kerja?

sambung belajar atau kerja? soalan ni memang selalu dibahaskan, cewah. maknanya selalu menjadi igauan, persoalan yang boleh ganggu lena tidur malam mu. betul ke tak betul? tanya diri sendiri. kita nak cakap lebih-lebih, kita pun bukan arif sangat. kita pun student lagi . hee . cuma, boleh kongsikan pengalaman je. lepas habis je exam degree dulu, terus kemas segala barang angkut balik kampung. waktu ni , family dah pindah ke kampung . tidak lagi duduk dalam kawasan utm. terasa sedih jugak la sebab bertahun membesar duduk dalam kawasan utm.  nak dijadikan cerita, dalam 2 bulan lepas tu keje part time sebagai pembantu penyelidik (research assistant, r.a) dengan lecturer. sebabnya ada kawan-kawan cari pengganti sebab dorang dapat better offer. okeh jom lah , bawak geng sekali try pegi interview. hehe . takda la formal sangat interview, setakat bincang itu ini pasal grant research, projek, skop kerja, bayaran apa semua. dan alhamdulillah dapat keje r.a.  waktu ni,