Skip to main content

stalker tak sengaja

aku skroll lagi halaman insta. 
satu-persatu aku perhati. 
macam-macam info, ragam, momen. mana aku suka, bagi love sikit. 
mana yang terkesan dalam hati, aku saved privately. 
hehe. 
macam stalker dah rasa. 

lagi dan lagi skroll ke bawah. 
satu ni cantik gambar. 
berseni. artistik. 
cewah ayat kau. 
klik nak stalk account ni pulak. 
dah banyak kali aku elak tengok insta ni. 
bersebab. 

sekadar nak usha kabar gitu. 
haha. 
terlalu rajin pulak baca segala komen. 
itu pun sebab komen baru beberapa je. 
baca dan baca. 
stuck pada 1 komen dan balasannya. 
oh.
mungkin betul dia dah berpunya. 

aku tewas lagi dalam perasaan. 
tewas si stalker tak sengaja. 

Comments

Popular posts from this blog

ponstan & kopiko

assalamualaikum, harap semua sihat-sihat belaka :) kita baru baik demam. haritu sikit-sikit simptom dia datang. mula-mula selsema. kita kalau selsema, teruk ler. dalam 1jam boleh berpuluh kali bersin. sebab setiap 1 kali bersin, ada 3 kali. haha. macam free gift gitu. lepas tu, malam dah mula sejuk badan, siap pakai stokin dalam bilik padahal bilik tu berbahang sebab mengadap matahari. makan ubat selsema, panadol, sakit tekak terus tidur. masyukk. esok pagi bangun, dah kurang sikit. alhamdulillah. balik rumah masa cuti raya haji aritu, kaklong pulak mata merah. panas dalam kot. siap bertahi mata gitu. haah, dia 1 family balik kluang, semua demam. yayas demam, abang megat demam, kakak pun ikut sekali. yang abang megat mata bengkak. ingatkan kenapa, rupanya ada alahan dengan ubat apa entah yang dia makan sebelum ni. maybe sebab abang makan ubat yang dr beri pada along, tak sesuai dengan sistem badan dia. naaa bengkak mata, kena cahaya silau, pedih katanya. alhamdulillah, sekaran

taktik awal eden nak survive postgraduate life!

ok, kita sambung pasal master atau kerja? macamana eden meneruskan hidup sebagai pelajar ni. apa je tajuk post ni. kelakar pulak rasa. bedal lah, amaran ya. taktik/cerita ni mungkin sesuai dengan anda mahupun tidak. maka jangan blame kat saya kalau tak sama ok. (dah macam review product skincare pulak dah!) yup , lepas   daftar je   sebagai master student, dah tentu la kena prepare and update proposal. eden daftar untuk research, maka kurang sikit kelas. kecuali masa semester 1, ada kelas research methodology, 1 kelas subjek universiti (kita ambik kelas global issue-campur dengan student dari fakulti lain), lagi tak ingat. hee . sambil sambung ni, untuk generate income juga, kita jadi r.a dengan supervisor. tolong buat  research, ikut la topik apa grant tu . dari awal lagi semua kena belajar sendiri. sebab jadi r.a bukan je cari literature semata, tapi kena bertanggungjawab untuk uruskan segala claims, dan lain-lain la. haha . masa tu, ingat lagi. sebab takda siapa nak ruj

...tergantung sepi... - Bahagian 1

Kabus pagi di Keyuan Hotel, Chongqing, Republic of China - November 2014  ...berat rasanya sukar diluahkan, bernafas ragu berhembus pilu, perasaan ini tergantung sepi... - Haqiem Rusli - bait-bait lagu itu menusuk jiwa aku. dalam diam aku berfikir, mungkin ini yang dia rasakan. saat pencinta hatinya sepi dari hadir, yang aku rasa hadir dirinya itu wajib untuk dia. dan aku rasa setiap alasan yang dirinya berikan, fikiran aku tak dapat putar dari mana logiknya dia terus sepi. aku kasihan lihat dia. aku rasakan, mungkin hanya sekelumit sedih. namun, hati permaisuri hatiku, hati raja hatiku, pasti. lagi sedih, kecewa dan risau. dalam diam, mungkin dia sembunyikan perasaannya. risau dia, peritnya dia, keseorangan. menempuh tanda tanya dari sekeliling. mulut-mulut yang tentunya tak mampu dia tutup. terus menerus bertanya, malah mendesak. dimana hadirnya dirinya untuk dia. untuk tanggungjawab, untuk amanah yang raja hatiku tebarkan pada sayap dirinya. sebagai