Skip to main content

taktik awal eden nak survive postgraduate life!

ok, kita sambung pasal master atau kerja? macamana eden meneruskan hidup sebagai pelajar ni. apa je tajuk post ni. kelakar pulak rasa. bedal lah, amaran ya. taktik/cerita ni mungkin sesuai dengan anda mahupun tidak. maka jangan blame kat saya kalau tak sama ok. (dah macam review product skincare pulak dah!)

yup, lepas daftar je sebagai master student, dah tentu la kena prepare and update proposal. eden daftar untuk research, maka kurang sikit kelas. kecuali masa semester 1, ada kelas research methodology, 1 kelas subjek universiti (kita ambik kelas global issue-campur dengan student dari fakulti lain), lagi tak ingat. hee. sambil sambung ni, untuk generate income juga, kita jadi r.a dengan supervisor. tolong buat research, ikut la topik apa grant tu. dari awal lagi semua kena belajar sendiri. sebab jadi r.a bukan je cari literature semata, tapi kena bertanggungjawab untuk uruskan segala claims, dan lain-lain la. haha. masa tu, ingat lagi. sebab takda siapa nak rujuk kecuali pihak rmc, maka berguru dengan encik faizal. dia kira mentor la ni. belajar macam mana nak claim guna hrfin semua lah. 

masa tu memang pegi ofis dr macam office hour, pegi pukul 8 balik pukul 5. kadang tu, terlajak juga. pukul 10 baru sampai. haha. teruk perangai. tapi tu dah siap lunch semua, maka lunch hour nanti tak pegi mana, buat je kerja. tapi balik memang lepak. member-member ada cakap, susah betul nak jumpa hang ni? awat bz sangat? weh dia bz, kena bagitau dia awal-awal kalau ada plan nak makan sama, pegi mana sama-sama. hahaha. kesian betul. 

so, macam mana nak bahagi masa?

benda ni memang serius kena betul-betul jaga. masa sem satu, agak tekejut juga sebab semua benda kena buat dalam masa yang sama. kena buat kerja r.a, kena buat tesis (ni wajibulghunnah la sebab kau yang daftar nak sambung belajar haha). boleh kata culture shock juga la. kalau pergi pagi balik petang, lepas makan elak kau tidur lena je lepas tu kan (selalu jadi haha). so, den siap-siap set alarm hp, tab semua. macam biasa, kau punya pilihan alarm tu setiap 15minit berbunyi namun, bertapa beratnya tulang sampaikan esok subuh baru tersedar. dah melepas 1 malam untuk buat tesis. tu kalau 1 malam, kalau bermalam-malam terlepas, jawabnya takda progress langsung minggu tu!

pernah. ini memang pernah  jadi. dan, bila nak start balik, enjin sel-sel otak lambat berhubung. ha sudah memang kena baca balik la jawabnya. si faizal selalu pesan kat eden, kena disiplin 1 hari 1 page pun tak pa. janji kena tulis! haha. kan dah kena marah. supervisor pun selalu ingatkan. semester ni saya nak tengok chapter 1 and bla bla bla. maka, takkan nak diam diri je? 

taktik yang eden buat ialah

- buat kerja dekat meja study 
paham sangat kalau sakit belakang sebab duduk tegak atas kerusi tu. dengan kaki kau panjang, jadi lenguh. lepas tu meja study betul-betul bawah lampu study yang lekat kat dinding tu. den tak suka lampu tu, sebab jadi berbahang kat muka. haha. mungkin sebab ni la muka den burn gelap tak sekata (alasan!). haha. so, pencahayaan yang terang itu mesti. kalau tak, baca sikit dah pening. sakit mata, mengantuk la apa la. ha nanti datang la dia alasan-alasan yang mengesyorkan kau ke katil tu!

- jauhi katil!
time buat kerja tu jangan buat kerja atas katil (tapi eden selalu buat sebab selesa) sebab tu selalu tidur terus haha. lepas tu menyesal kenapa aku baring sekejap tadi? kenapa aku peluk bantal ni? woi dah pagi! keje 1 pun tak buat. ahah! tu biasa, paham dah. hahaha

- dengar radio
yang ni memang den kena buat. sebab kalau sunyi nanti eden stress. haha tipu giler. tapi best weh, dengar radio pahtu feeling la karok beramai-ramai. masyuk. lepas tu, habit 1 lagi ialah suka biar pintu bilik terbuka luas. dulu jiran depan bilik dah paham sangat dah. so, dia ok je (tq kakak!) kadang tu sampai 3,4 pagi tak tidur, maka sampai waktu tulah pintu tu ternganga haha. tapi, better jangan kot. risau juga kalau ada pencuri ke penceroboh ke, jadi kena extra careful ya :) thanks weh kat kakak-kakak phd tepi bilik ni, kadang tu dia pegi spotcheck bilik eden kenapa pintu sampai sudah nganga je. rupanya eden enak tidur kat lantai. tudia. atas lantai pun nyenyak weh hahaha.

- rehat jap
yang ni ikut saranan orang ramai supaya ambik masa rehat jap dalam 5-10minit. tapi kalau eden bahaya ni. kadang tu konon je buka youtube jap, nyanyi sikit lagu ha lepas tu terus-menerus klik sana-sini sampai 1jam rehat! hadoi. lepas tu memang menyesal lah! kenapa aku bukak youtube tadi? kan dah tengok macam-macam, habis dah masa aku. keje belum siap! lagi kalau buat kerja malam, sedar-sedar dah pukul 1,2,3 pagi. ampun makk.

lagi 1, jangan rehat sekejap tu plan nak tidur 5minit. haah 5minit sangat. tau-tau dah berjam-jam tidur baru sedar, takpun esok subuh baru terjaga. ini pun, biasa terjadi kat eden. haha

yang paling baik, plan arini nak buat apa, waktu ni nak buat apa, sekarang kejap lagi nak buat apa. yela, sebab kita bila kerja sambil ada buat kerja lain ni masa la paling jeles dengan kita. insyaAllah apa pun jangan putus asa! bye :p

Comments

Popular posts from this blog

...tergantung sepi... - Bahagian 1

Kabus pagi di Keyuan Hotel, Chongqing, Republic of China - November 2014  ...berat rasanya sukar diluahkan, bernafas ragu berhembus pilu, perasaan ini tergantung sepi... - Haqiem Rusli - bait-bait lagu itu menusuk jiwa aku. dalam diam aku berfikir, mungkin ini yang dia rasakan. saat pencinta hatinya sepi dari hadir, yang aku rasa hadir dirinya itu wajib untuk dia. dan aku rasa setiap alasan yang dirinya berikan, fikiran aku tak dapat putar dari mana logiknya dia terus sepi. aku kasihan lihat dia. aku rasakan, mungkin hanya sekelumit sedih. namun, hati permaisuri hatiku, hati raja hatiku, pasti. lagi sedih, kecewa dan risau. dalam diam, mungkin dia sembunyikan perasaannya. risau dia, peritnya dia, keseorangan. menempuh tanda tanya dari sekeliling. mulut-mulut yang tentunya tak mampu dia tutup. terus menerus bertanya, malah mendesak. dimana hadirnya dirinya untuk dia. untuk tanggungjawab, untuk amanah yang raja hatiku tebarkan pada sayap dirinya. seba...

siapa tak nak cantik? - Part 2

uhui, sambung lagi...  lepas tu gatal nak putih pulak. waktu tu dalam 2014 ke 2015 tu memang meletop bagai produk-produk memutih dalam masa super instant! dalam 1, 3 hari, seminggu semua confirmed putih! iklan depa la kata lagu tu. kami pun terjebak weh! bongeks. beli 1 produk ni. ada sabun, krim siang & malam, serum, toner. sabun memang kami tak pakai sebab dulu pakai sabun beras pun kulit jadi kering giler. pakai lain-lain, tapi masih pakai tto cleanser cosmoderm. lepas pakai krim malam, still apply lagi krim vitamin E cosmoderm tu. huhu. sekarang depa dah buat packaging baru, dalam tube je. dulu kami beli  masih dalam jar tu.  ya! memang putih! hahaha. waktu tu cuma perasan jerawat makin kurang, ada pun 1, 2 besar pahtu kecut dah. ada junior tegur masa terjumpa dekat kafe; "kakak pakai apa ni?" waktu ni kami serius tak faham dia tanya apa. kami tanya balik; "pakai apanya?" dia jawab; "muka akak nampak lain la sekarang". yang kami ni blur l...

siapa tak nak cantik? - Part 1

asalamualaikum semua!  beriya sangat ni. sebab tengah sakit pinggang lenguh kaki hadap laptop. tapi nak juga membebel dekat sini. tolong la beringat yang hang punya ..... belum siap uit. takda nak taip jugak. pasal nak cantik ke tidak? seharusnya semua perempuan nak cantik la. sekarang macam-macam benda boleh tepek dekat muka, cucuk situ sini, macam-macam la.  disebabkan kami ni macam skema tak tahu sangat pasal benda-benda ni (poyo, tapi serius). tahap bila kena tegur sebab pegi ofis supervisor selalunya akan pakai jeans, tshirt lengan panjang la kan, tudung bawal (wajib je kami rasa haha), kasut sport ke, apa jela janji bertutup bukan nak fancy sangat. haha ada kakak staf ni tegur, "awak ni pakai la cantik sikit datang ofis ni, pakai bedak sikit, lipstick sikit. lawa-lawa." masa ni dah macam kelam hidup kami ni. hahaha. mendung guruh berdentum kami rasa. kami cover muka je depan staf lelaki yang ada sekali depan meja supervisor ni. haha  ...