Skip to main content

Tolong...


tempat cari ilham, bilik supervisor ku :)


assalamualaikum semua, harap sihat hendaknya.

Tolong....
Tolong...
Tolong....

perkataan tolong ni sesuatu sangat. pada aku lah. sesuatu yang sensitif kalau kau diminta untuk buat sesuatu kerja yang banyak dalam 1 masa, dan paling penting nak cepat. kalau aku, aku try buat tapi ikut priority. mana 1 nak kena hantar dulu, mana 1 dateline yang cepat menjengah kalendar hidup ni. 

itu ok la. macam okey je. kalau dapat perkataan tolong yang mendesak itu ini, umpama tolong beli, tolong bayar... mesti liat sikit. haha. contohnya, tolong bayar hutang ptptn. tolong bayar hutang kawan kau, tolong belanja.. haha. betulkan? tapi, tengok keadaan ok. kalau waktu itu, kawan atau individu yang dapat perkataan tolong tu tengah masyuk, mesti dia tak kisah je nak belanja, nak bayar hutang dan lain-lain. 

tolong pada episod kali ini dalam hidup aku, ialah tolong buat/cari..... aku tak kisah untuk buat benda ni. cuma, keadaan aku kini memang haru. hahaha. tak cukup kakitangan. kena settle seorang diri. kadang-kadang rasa letih. letih sebab aku sorang-sorang. uhui. yang ini minta itu, yang itu minta ini. ye, semua ada "tolong". samada arahan atau lain-lain lah. tu pandai-pandai lah nak kelaskan jenis apa.

selalunya aku akan cerita pada mak dengan adik pasal kerja. tak pun kawan-kawan rapat aku. bila cerita pada mak pasal kerja, mak diam. ada sekali tu, mak sedih. sebab dia rasa macam anak dia kena buli. haha. mak kata aku ini terlalu baik. terlalu ikut kata sampai orang sesuka hati boleh sakitkan hati aku sendiri walhal benda kerja yang aku buat, adalah kerja yang paling baik aku boleh beri pada majikan. kawan-kawan aku pun ada yang sependapat dengan mak. mereka kata, aku kuat kerja, bersungguh-sungguh, kadang sampai makan lambat untuk siapkan satu-satu kerja. hahaha.

kalau tak pernah nangis pasal benda ni, tipu la. haha. hati aku rapuh kot. pernah sekali aku kena sound dalam emel. aha. sedih juga, nangis rabak mata jugak lah. tapi, aku tahu kerja aku macamana. dan orang keliling aku waktu itu, tahu aku buat kerja macam mana. maka, mereka suruh aku abaikan emel tu. dan mereka sokong aku. ha, kalau macam ni baru seronok hidup kan? apa-apa pun lunaskan tanggungjawab yang dah diamanahkan pada kita. betul tak? amanah ni kan berat lagi kalau kita main-main, sambil lewa. ish, elak bos marah dan paling teruk kena buang terus sebab disiplin takda, progress apa pun takda. taknak la macam tu kan?

realiti bekerja kat luar sana mesti pasti confirm lagi mencabar dari apa yang aku rasa ni. jadi, apa-apa pun yang jadi, aku kena ambil positif benda ni. coach aku kata, aku tahu aku buat kerja bersungguh macamana, orang ambil remeh, biarkan. sebab kita dah beri yang terbaik kita boleh beri. manusia mana ada sempurna. 

so, apa pun jadik, kita ambil pengalaman & pengajaran lah setiap apa yang berlaku. semua ni mesti ada hikmah. orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. kat luar sana, lagi hebat cabaran bekerja ni. fighting!! apa pun, teruskan kuat berusaha, bekerja dengan sungguh-sungguh, sepenuh hati, buat yang terbaik & termampu, jangan putus asa. hee bak kata coach aku, aku boleh! hehe. 

nota: seronok sangat bila dikelilingi orang yang sentiasa beri semangat walau jauh walau dekat. jangan simpan pendam buat pekasam, baik kau luahkan untuk elakkan stress :) macam aku, aku untung siap ada coach bersukan & coach kaunseling lagi. haha. tak boleh blah. terima kasih banyak-banyak!


Comments

Popular posts from this blog

sambung belajar atau kerja?

sambung belajar atau kerja? soalan ni memang selalu dibahaskan, cewah. maknanya selalu menjadi igauan, persoalan yang boleh ganggu lena tidur malam mu. betul ke tak betul? tanya diri sendiri. kita nak cakap lebih-lebih, kita pun bukan arif sangat. kita pun student lagi . hee . cuma, boleh kongsikan pengalaman je. lepas habis je exam degree dulu, terus kemas segala barang angkut balik kampung. waktu ni , family dah pindah ke kampung . tidak lagi duduk dalam kawasan utm. terasa sedih jugak la sebab bertahun membesar duduk dalam kawasan utm.  nak dijadikan cerita, dalam 2 bulan lepas tu keje part time sebagai pembantu penyelidik (research assistant, r.a) dengan lecturer. sebabnya ada kawan-kawan cari pengganti sebab dorang dapat better offer. okeh jom lah , bawak geng sekali try pegi interview. hehe . takda la formal sangat interview, setakat bincang itu ini pasal grant research, projek, skop kerja, bayaran apa semua. dan alhamdulillah dapat keje r.a.  ...

...tergantung sepi... - Bahagian 1

Kabus pagi di Keyuan Hotel, Chongqing, Republic of China - November 2014  ...berat rasanya sukar diluahkan, bernafas ragu berhembus pilu, perasaan ini tergantung sepi... - Haqiem Rusli - bait-bait lagu itu menusuk jiwa aku. dalam diam aku berfikir, mungkin ini yang dia rasakan. saat pencinta hatinya sepi dari hadir, yang aku rasa hadir dirinya itu wajib untuk dia. dan aku rasa setiap alasan yang dirinya berikan, fikiran aku tak dapat putar dari mana logiknya dia terus sepi. aku kasihan lihat dia. aku rasakan, mungkin hanya sekelumit sedih. namun, hati permaisuri hatiku, hati raja hatiku, pasti. lagi sedih, kecewa dan risau. dalam diam, mungkin dia sembunyikan perasaannya. risau dia, peritnya dia, keseorangan. menempuh tanda tanya dari sekeliling. mulut-mulut yang tentunya tak mampu dia tutup. terus menerus bertanya, malah mendesak. dimana hadirnya dirinya untuk dia. untuk tanggungjawab, untuk amanah yang raja hatiku tebarkan pada sayap dirinya. seba...

ponstan & kopiko

assalamualaikum, harap semua sihat-sihat belaka :) kita baru baik demam. haritu sikit-sikit simptom dia datang. mula-mula selsema. kita kalau selsema, teruk ler. dalam 1jam boleh berpuluh kali bersin. sebab setiap 1 kali bersin, ada 3 kali. haha. macam free gift gitu. lepas tu, malam dah mula sejuk badan, siap pakai stokin dalam bilik padahal bilik tu berbahang sebab mengadap matahari. makan ubat selsema, panadol, sakit tekak terus tidur. masyukk. esok pagi bangun, dah kurang sikit. alhamdulillah. balik rumah masa cuti raya haji aritu, kaklong pulak mata merah. panas dalam kot. siap bertahi mata gitu. haah, dia 1 family balik kluang, semua demam. yayas demam, abang megat demam, kakak pun ikut sekali. yang abang megat mata bengkak. ingatkan kenapa, rupanya ada alahan dengan ubat apa entah yang dia makan sebelum ni. maybe sebab abang makan ubat yang dr beri pada along, tak sesuai dengan sistem badan dia. naaa bengkak mata, kena cahaya silau, pedih katanya. alhamdul...