Skip to main content

siapa tak nak cantik? - Part 1

asalamualaikum semua! 

beriya sangat ni. sebab tengah sakit pinggang lenguh kaki hadap laptop. tapi nak juga membebel dekat sini. tolong la beringat yang hang punya ..... belum siap uit. takda nak taip jugak. pasal nak cantik ke tidak? seharusnya semua perempuan nak cantik la. sekarang macam-macam benda boleh tepek dekat muka, cucuk situ sini, macam-macam la. 

disebabkan kami ni macam skema tak tahu sangat pasal benda-benda ni (poyo, tapi serius). tahap bila kena tegur sebab pegi ofis supervisor selalunya akan pakai jeans, tshirt lengan panjang la kan, tudung bawal (wajib je kami rasa haha), kasut sport ke, apa jela janji bertutup bukan nak fancy sangat. haha ada kakak staf ni tegur, "awak ni pakai la cantik sikit datang ofis ni, pakai bedak sikit, lipstick sikit. lawa-lawa." masa ni dah macam kelam hidup kami ni. hahaha. mendung guruh berdentum kami rasa. kami cover muka je depan staf lelaki yang ada sekali depan meja supervisor ni. haha


 lepas tu, akak ni sambung "kalau saya la jadi majikan, saya akan ambil pekerja yang cantik, kemas, bla bla bla....". kami waktu tu hanya senyum. sebab kami tahu taste kakak ni macamana. setelah dah hampir setahun lebih gak la hari-hari pergi bertapa dalam ofis supervisor, kami paham la kakak ni memang cantik. kulit putih melepak, lipstick dia kadang merah sakan, kadang elok macam light pink (ada ke, bantai je), badan kurus, tinggi lampai, baju dia pun lawa-lawa la. 

makanya, kami rasa waktu tu kami tak layak nak bantah apa yang dia cakap. haha. cuma dengar, senyum dan iya kan je. haha. yala, kami tau memang kami terlajak sempoi pakai jeans, tshirt, kasut macam tu ja. ada ja pakai baju kurung tapi ikut la kerajinan menggosok. haha macam tak biasa. waktu tu sebenarnya pakai je bedak compact tu eh, pakai je minyak wangi, pakai je lip balm. haha tu je. sememangnya waktu tu tu je. kecuali pergi majlis kawin member ke, baru la tepek lebih sikit. 

dengan waktu tu, muka ni jerawat tu memang kawan baik. kejap ada kejap takda. berminyak tu memang la tak boleh elak. waktu ni setia pakai cosmoderm tea tree oil bak dari segi cleanser, toner, moisturiser dan krim vitamin E dia tu. alhamdulillah, jerawat tu berkurang la dari zaman degree dulu. tapi time period, kadang tu naik la benjoi besar sikit. parut jerawat dulu-dulu dari zaman hujung sekolah menengah masuk degree memang makin pudar dengan usaha menepek krim vitamin E cosmoderm tu. kredit pada kakak kesayangan kita, kak sri sebab perkenalkan kita dengan cosmoderm

..... sambung kejap lagi!


Comments

Popular posts from this blog

sambung belajar atau kerja?

sambung belajar atau kerja? soalan ni memang selalu dibahaskan, cewah. maknanya selalu menjadi igauan, persoalan yang boleh ganggu lena tidur malam mu. betul ke tak betul? tanya diri sendiri. kita nak cakap lebih-lebih, kita pun bukan arif sangat. kita pun student lagi . hee . cuma, boleh kongsikan pengalaman je. lepas habis je exam degree dulu, terus kemas segala barang angkut balik kampung. waktu ni , family dah pindah ke kampung . tidak lagi duduk dalam kawasan utm. terasa sedih jugak la sebab bertahun membesar duduk dalam kawasan utm.  nak dijadikan cerita, dalam 2 bulan lepas tu keje part time sebagai pembantu penyelidik (research assistant, r.a) dengan lecturer. sebabnya ada kawan-kawan cari pengganti sebab dorang dapat better offer. okeh jom lah , bawak geng sekali try pegi interview. hehe . takda la formal sangat interview, setakat bincang itu ini pasal grant research, projek, skop kerja, bayaran apa semua. dan alhamdulillah dapat keje r.a.  ...

...tergantung sepi... - Bahagian 1

Kabus pagi di Keyuan Hotel, Chongqing, Republic of China - November 2014  ...berat rasanya sukar diluahkan, bernafas ragu berhembus pilu, perasaan ini tergantung sepi... - Haqiem Rusli - bait-bait lagu itu menusuk jiwa aku. dalam diam aku berfikir, mungkin ini yang dia rasakan. saat pencinta hatinya sepi dari hadir, yang aku rasa hadir dirinya itu wajib untuk dia. dan aku rasa setiap alasan yang dirinya berikan, fikiran aku tak dapat putar dari mana logiknya dia terus sepi. aku kasihan lihat dia. aku rasakan, mungkin hanya sekelumit sedih. namun, hati permaisuri hatiku, hati raja hatiku, pasti. lagi sedih, kecewa dan risau. dalam diam, mungkin dia sembunyikan perasaannya. risau dia, peritnya dia, keseorangan. menempuh tanda tanya dari sekeliling. mulut-mulut yang tentunya tak mampu dia tutup. terus menerus bertanya, malah mendesak. dimana hadirnya dirinya untuk dia. untuk tanggungjawab, untuk amanah yang raja hatiku tebarkan pada sayap dirinya. seba...

ponstan & kopiko

assalamualaikum, harap semua sihat-sihat belaka :) kita baru baik demam. haritu sikit-sikit simptom dia datang. mula-mula selsema. kita kalau selsema, teruk ler. dalam 1jam boleh berpuluh kali bersin. sebab setiap 1 kali bersin, ada 3 kali. haha. macam free gift gitu. lepas tu, malam dah mula sejuk badan, siap pakai stokin dalam bilik padahal bilik tu berbahang sebab mengadap matahari. makan ubat selsema, panadol, sakit tekak terus tidur. masyukk. esok pagi bangun, dah kurang sikit. alhamdulillah. balik rumah masa cuti raya haji aritu, kaklong pulak mata merah. panas dalam kot. siap bertahi mata gitu. haah, dia 1 family balik kluang, semua demam. yayas demam, abang megat demam, kakak pun ikut sekali. yang abang megat mata bengkak. ingatkan kenapa, rupanya ada alahan dengan ubat apa entah yang dia makan sebelum ni. maybe sebab abang makan ubat yang dr beri pada along, tak sesuai dengan sistem badan dia. naaa bengkak mata, kena cahaya silau, pedih katanya. alhamdul...