uhui, sambung lagi...
lepas tu gatal nak putih pulak. waktu tu dalam 2014 ke 2015 tu memang meletop bagai produk-produk memutih dalam masa super instant! dalam 1, 3 hari, seminggu semua confirmed putih! iklan depa la kata lagu tu. kami pun terjebak weh! bongeks. beli 1 produk ni. ada sabun, krim siang & malam, serum, toner. sabun memang kami tak pakai sebab dulu pakai sabun beras pun kulit jadi kering giler. pakai lain-lain, tapi masih pakai tto cleanser cosmoderm. lepas pakai krim malam, still apply lagi krim vitamin E cosmoderm tu. huhu. sekarang depa dah buat packaging baru, dalam tube je. dulu kami beli masih dalam jar tu.
ya! memang putih! hahaha. waktu tu cuma perasan jerawat makin kurang, ada pun 1, 2 besar pahtu kecut dah. ada junior tegur masa terjumpa dekat kafe; "kakak pakai apa ni?" waktu ni kami serius tak faham dia tanya apa. kami tanya balik; "pakai apanya?" dia jawab; "muka akak nampak lain la sekarang". yang kami ni blur lagi, dalam hati kata; "kenapa muka aku, jerawat aku ni dah ketara sangat ke kurangnya yeah!". tiba-tiba kami balas; "nanti la akak bagitau eh bila masa sesuai". kelas kau jah balas macam diva sangat kau! *tepuk dahi kuat-kuat* balik tu kami happy sangat sambil makan nasi ayam penyet. masyuk. dengan sedapnya ayam tu, ditambah dengan pujian tu. dunia bagai ana yang punyaaa.
beberapa hari lepas tu, junior ajak join dinner sama dorang dekat 1 kafe hisptur ni. ok sebab kami rindu sangat kat depa, kami join! sebab taknak rindu tebal sangat kat dorang ni. sweet kan? dan malam tu memang bergambar sakan la. ok, kat sini sila ambil perhatian ok. dalam banyak-banyak gambar, ada 2,3 keping gambar tu kitorang snap dekat tepi jalan keluar dari kafe tu. maksudnya cahaya lampu pun takda la terang mana. haaa kat sini la baru perasan bila kami dapat gambar tu dari wasap, pergh putih gila muka aku!
dan ada lagi waktu kami dinner kat luar dengan adik beradik kami, sama jugak cahaya lampu ok la utk terangi mata kami nak nampak makanan. along snap gambar, and dia tunjuk kat kami. yup! muka kami paling putih daripada yang lain. haha. oyemji! serius ah menjadik formula putih ni. waktu ni rasa dah sebulan kut pakai. bangga giler waktu tu. berkesan beb tepek malam-malam dengan krim malam dia yang memang kuat bau dia tuh. tapi tahan ja. krim siang kami tak berapa pakai sebab macam rasa muka kami ni berat giler bila tepek mende alah tu and rasa susah nak cuci bila nak solat. so baik takyah pakai hahha.
terus la kan termotivasi untuk beli set yang kedua. waktu tu along la bagitau ada kawan dalam group wasap jual benda tu, dengan harga murah sikit dari biasa. katanya sebab nak habiskan stock sebab depa nak keluarkan packaging baru. kami apa lagi beli! jangan tak beli! hat pakai set kedua ni, rasa macam tak berapa best. sebab toner dia makin kuat bau dia, kadang pedih kena kat muka or bekas jerawat yang kami picit (-.-) sebab dia macam berangin pahtu ilang la rasa tu, krim malam dia pun makin lekit. bau tu memang dari dulu la kuat sikit. pakai la dengan harapan muka kami putih macam kekabu gitu. sampai la satu masa tu dalam tengah tahun 2015, kami join trip member pegi tioman 3 hari 2 malam. bawak la semua benda ni pi tioman. teaser sikit la gambo.
marilah menuju ikut team leader. haha |
gambar tak berapa lawa sebab camera phone tak bape canggih. tapi view ni lawa. tengok lelama boleh mabuk laut :p |
....... sambung lagi eh...
Comments
Post a Comment