sambung belajar atau kerja? soalan ni memang selalu dibahaskan, cewah. maknanya selalu menjadi igauan, persoalan yang boleh ganggu lena tidur malam mu. betul ke tak betul? tanya diri sendiri. kita nak cakap lebih-lebih, kita pun bukan arif sangat. kita pun student lagi . hee . cuma, boleh kongsikan pengalaman je. lepas habis je exam degree dulu, terus kemas segala barang angkut balik kampung. waktu ni , family dah pindah ke kampung . tidak lagi duduk dalam kawasan utm. terasa sedih jugak la sebab bertahun membesar duduk dalam kawasan utm. nak dijadikan cerita, dalam 2 bulan lepas tu keje part time sebagai pembantu penyelidik (research assistant, r.a) dengan lecturer. sebabnya ada kawan-kawan cari pengganti sebab dorang dapat better offer. okeh jom lah , bawak geng sekali try pegi interview. hehe . takda la formal sangat interview, setakat bincang itu ini pasal grant research, projek, skop kerja, bayaran apa semua. dan alhamdulillah dapat keje r.a. ...