Skip to main content

ponstan & kopiko

assalamualaikum,

harap semua sihat-sihat belaka :)

kita baru baik demam. haritu sikit-sikit simptom dia datang. mula-mula selsema. kita kalau selsema, teruk ler. dalam 1jam boleh berpuluh kali bersin. sebab setiap 1 kali bersin, ada 3 kali. haha. macam free gift gitu. lepas tu, malam dah mula sejuk badan, siap pakai stokin dalam bilik padahal bilik tu berbahang sebab mengadap matahari. makan ubat selsema, panadol, sakit tekak terus tidur. masyukk. esok pagi bangun, dah kurang sikit. alhamdulillah. balik rumah masa cuti raya haji aritu, kaklong pulak mata merah. panas dalam kot. siap bertahi mata gitu. haah, dia 1 family balik kluang, semua demam. yayas demam, abang megat demam, kakak pun ikut sekali. yang abang megat mata bengkak. ingatkan kenapa, rupanya ada alahan dengan ubat apa entah yang dia makan sebelum ni. maybe sebab abang makan ubat yang dr beri pada along, tak sesuai dengan sistem badan dia. naaa bengkak mata, kena cahaya silau, pedih katanya. alhamdulillah, sekarang semua dah sihat. 

sebut pasal alahan ubat, ke apa term yang betul tak pasti apa lah. sebab masing-masing immune system berbeza, maka elok dielakkan makan ubat atau share ubat sesuka hati. kita ingat dulu, sebab kita dulu ambil ponstan untuk painkiller masa kena period pain. satu hari tu, kawan sekolah kita pun kena period pain. kesian kita tengok sebab dia tak tahan sangat. dia tahu kita makan ponstan untuk painkiller masa tu, dia pun try makan. kita pun sebab kesian tengok dia sakit, kita bagi jela. nak dijadikan cerita, ha esoknya dia cuti sebab mata dia bengkak. huwa waktu tu takut giler sebab dia kata dia alah dengan ubat yang kita bagi tu. huu kesiannya kat dia. terus tanya dekat along yang masa tu kerja dekat klinik swasta. along pun tegur la kita lain kali jangan bagi suka-suka hati ubat apa-apa kat sesiapa sebab penerimaan body system kita semua berbeza. haa takut giler masa tu. 

ok lain cerita pulak. korang pernah tercekik sesuatu? haa jangan kata tercekik nasi ye. haha. ok ada orang kata terbegik. kita google dekat website DBP takda pula daftar kata terbegik. muahaha. orang jawa panggil gitu kot. hehe. dulu masa umur berapa tak ingat, rasanya waktu tu masih sekolah rendah. sangat pandai ye makan gula-gula kopiko yang bulat solid tahap mampat apa tu. elok sangat anak dara makan gula-gula sambil baring, lepas tu terbatuk ha ambik. tercekik kau disitu. perit giler rasa. masa tu mak kata muka kita dah pucat dah. mak dah jerit-jerit panggil abah. panik seh. abah tepuk-tepuk belakang badan. kuat kot. tersembul sebiji gegula kopiko yang tak sampai 2minit kau hisap. pergh sakit. menangis tak berlagu masa tu. malu pun ye juga sebab masa tu mak jaga anak orang ada la dalam 5 orang. seorang sebaya, yang lagi 4 orang adik-adik umur bawah 3 tahun. haha. 

tercalar kehenseman kita masa tu. ok bye! :p

Comments

Popular posts from this blog

sambung belajar atau kerja?

sambung belajar atau kerja? soalan ni memang selalu dibahaskan, cewah. maknanya selalu menjadi igauan, persoalan yang boleh ganggu lena tidur malam mu. betul ke tak betul? tanya diri sendiri. kita nak cakap lebih-lebih, kita pun bukan arif sangat. kita pun student lagi . hee . cuma, boleh kongsikan pengalaman je. lepas habis je exam degree dulu, terus kemas segala barang angkut balik kampung. waktu ni , family dah pindah ke kampung . tidak lagi duduk dalam kawasan utm. terasa sedih jugak la sebab bertahun membesar duduk dalam kawasan utm.  nak dijadikan cerita, dalam 2 bulan lepas tu keje part time sebagai pembantu penyelidik (research assistant, r.a) dengan lecturer. sebabnya ada kawan-kawan cari pengganti sebab dorang dapat better offer. okeh jom lah , bawak geng sekali try pegi interview. hehe . takda la formal sangat interview, setakat bincang itu ini pasal grant research, projek, skop kerja, bayaran apa semua. dan alhamdulillah dapat keje r.a.  ...

...tergantung sepi... - Bahagian 1

Kabus pagi di Keyuan Hotel, Chongqing, Republic of China - November 2014  ...berat rasanya sukar diluahkan, bernafas ragu berhembus pilu, perasaan ini tergantung sepi... - Haqiem Rusli - bait-bait lagu itu menusuk jiwa aku. dalam diam aku berfikir, mungkin ini yang dia rasakan. saat pencinta hatinya sepi dari hadir, yang aku rasa hadir dirinya itu wajib untuk dia. dan aku rasa setiap alasan yang dirinya berikan, fikiran aku tak dapat putar dari mana logiknya dia terus sepi. aku kasihan lihat dia. aku rasakan, mungkin hanya sekelumit sedih. namun, hati permaisuri hatiku, hati raja hatiku, pasti. lagi sedih, kecewa dan risau. dalam diam, mungkin dia sembunyikan perasaannya. risau dia, peritnya dia, keseorangan. menempuh tanda tanya dari sekeliling. mulut-mulut yang tentunya tak mampu dia tutup. terus menerus bertanya, malah mendesak. dimana hadirnya dirinya untuk dia. untuk tanggungjawab, untuk amanah yang raja hatiku tebarkan pada sayap dirinya. seba...