Skip to main content

Selamat Datang ke Bumi UTM Sanjungan Bangsa

assalamualaikum semua.


hehe. baru ada semangat sikit nak menulis. semalam tumbang lepas "kerjakan" tesis dengan demamnya dan selsemanya. lama tak kena selsema. bila kena, Allahuakbar. bersin tak berhenti. siang dah pergi PK Utm and dah dapat ubat semua. rehat sehari. alhamdulillah kurang sikit. Dr pun takda arini so dapat rehat arini dekat bilik :)

arini hari kedua semester 2016/2017 bermula. hee seronok je tengok adik-adik junior pergi kelas ke lab ke pakai baju kurung, kemeja semua. smart, handsome, comel, lawa semualah. hehe. semoga berjaya adik-adik junior yang baru and adik-adik (pelajar kanan) untuk semester baru.

tengok depa semua teringat masa dulu-dulu, masa pertama kali jejak kolej 11 (sekarang KTDI dah) abah hantar siap-siap depan blok. huhu dapat ground floor waktu tu dekat ma1. masyuk oh tak payah naik lif bagai. kau sorong je beg terus sampai pintu bilik haha. nice. dapat rumate comel, harry asal PJ. hihi sampai sekarang alhamdulilah masih contact each other.

masa tu masih lagi panggil Minggu Haluan Siswa (MHS) seminggu. yaloh paling seronok masa dalam DSI. sorak sorai macam kat stadium rasanya. haha. masa tu la kenal member 1 fakulti, 1 kos, 1 kolej. seronok la. jauh tak jauh ulang alik ke DSI, FKSG (sekarang FGHT) jangan kata. kalau kau mengantuk sangat, sure lelap dalam DSI. depa sorak sorai ke apa ke hentam tidur je. bukan kena potong merit ke apa pun. haha.

masa hari nak daftar subjek, haru. haha. walau fasi a.k.a senior pun ada yang tolong, tahap faham kau ni menjurus pada kurang faham je. semua cuak nak isi borang sebab kalau salah, haru kau nak kena isi balik form, delete subjek ke apa lagi kan. masa tu lah aku dapat geng. mira, kak sri and rumate aku la, harry. kalau tak berborak masa ni, hampeh la takda kenal sapa pun. lama-lama jadik geng baik punya.

masa minggu first ni takda la berat sangat belajar pun. banyak tengok intro, subjek outline, assignment berapa banyak, markah berapa nanti, coursework lain-lain ke macamana tulah. masa ni lah depa classmates semua tahu aku duduk sini. dalam kawasan utm. yaloh memang duduk K11 masa ni, maksudnya rumah. hehe. masa ni family masih lagi duduk kuarters utm tu, kawasan desa bakti. ha kalau adik-adik nak tahu akak dulu duduk situ la. ala yang dekat dengan pusat dialisis (baru tahun ni ada) lalu pintu belakang dekat KRP tu, ada tasik tu. ha situ lah.

itu dululah, sekarang dah pindah. hahaha. sebab tu dulu asal kena tanya je or kenalkan diri, dorang boleh tolong jawabkan. "dia duduk sini je Dr". ahaha. rezeki dapat sini. hehehe. sebab tu tak rasa pun sedih lepas kena tinggal duduk kolej. hahaha. takkan nak nangis walau duduk dekat je dengan family. kentut betul. faedah paling besar ialah tak perlu beli tiket bas ke apa, kalau lapar malas nak beli makanan, call je abah. sat lagi abah hantar makanan. hehe. tq abah!

duduk K11 dulu jauh juga dari fakulti. kalau kau siap lambat, keluar lambat, ha bersusun orang tunggu bas dekat bus stop bawah bukit sana. kadang kau datang awal pun bas sampai tahu-tahu dah penuh. huhu yela kira bas tu dah buat trip pego ktho, ktf ke. kalau dapat bas k11 je seronok la kau. berjoget semua budak k11 je yang naik. hehe. kalau tak naik bas 11 (dua-dua kaki hang la). haru kalau hujan takpun bangun lambat. lecak ketiak hang sampai fakulti. haha.

ok lah, mengantuk pula lepas makan ubat selsema ni. sampai sini dulu. nanti cerita lagi.. pada adik-adik junior baru, SELAMAT DATANG KE BUMI UTM SANJUNGAN BANGSA! :) semoga adik-adik semua dimudahkan urusan dalam pelajaran dan kehidupan di utm. tanam semangat elok-elok belajar and buat yang terbaik na. hehe. utm dah tak sunyi dah korang dah start semester baru ni. kalau tak, sunyi je macam takda orang langsung. hehe. pada adik-adik (pelajar kanan) or senior la ni kan, hehe. selamat meneruskan perjuangan ok! fighting!!! :)


Comments

Popular posts from this blog

sambung belajar atau kerja?

sambung belajar atau kerja? soalan ni memang selalu dibahaskan, cewah. maknanya selalu menjadi igauan, persoalan yang boleh ganggu lena tidur malam mu. betul ke tak betul? tanya diri sendiri. kita nak cakap lebih-lebih, kita pun bukan arif sangat. kita pun student lagi . hee . cuma, boleh kongsikan pengalaman je. lepas habis je exam degree dulu, terus kemas segala barang angkut balik kampung. waktu ni , family dah pindah ke kampung . tidak lagi duduk dalam kawasan utm. terasa sedih jugak la sebab bertahun membesar duduk dalam kawasan utm.  nak dijadikan cerita, dalam 2 bulan lepas tu keje part time sebagai pembantu penyelidik (research assistant, r.a) dengan lecturer. sebabnya ada kawan-kawan cari pengganti sebab dorang dapat better offer. okeh jom lah , bawak geng sekali try pegi interview. hehe . takda la formal sangat interview, setakat bincang itu ini pasal grant research, projek, skop kerja, bayaran apa semua. dan alhamdulillah dapat keje r.a.  ...

...tergantung sepi... - Bahagian 1

Kabus pagi di Keyuan Hotel, Chongqing, Republic of China - November 2014  ...berat rasanya sukar diluahkan, bernafas ragu berhembus pilu, perasaan ini tergantung sepi... - Haqiem Rusli - bait-bait lagu itu menusuk jiwa aku. dalam diam aku berfikir, mungkin ini yang dia rasakan. saat pencinta hatinya sepi dari hadir, yang aku rasa hadir dirinya itu wajib untuk dia. dan aku rasa setiap alasan yang dirinya berikan, fikiran aku tak dapat putar dari mana logiknya dia terus sepi. aku kasihan lihat dia. aku rasakan, mungkin hanya sekelumit sedih. namun, hati permaisuri hatiku, hati raja hatiku, pasti. lagi sedih, kecewa dan risau. dalam diam, mungkin dia sembunyikan perasaannya. risau dia, peritnya dia, keseorangan. menempuh tanda tanya dari sekeliling. mulut-mulut yang tentunya tak mampu dia tutup. terus menerus bertanya, malah mendesak. dimana hadirnya dirinya untuk dia. untuk tanggungjawab, untuk amanah yang raja hatiku tebarkan pada sayap dirinya. seba...

ponstan & kopiko

assalamualaikum, harap semua sihat-sihat belaka :) kita baru baik demam. haritu sikit-sikit simptom dia datang. mula-mula selsema. kita kalau selsema, teruk ler. dalam 1jam boleh berpuluh kali bersin. sebab setiap 1 kali bersin, ada 3 kali. haha. macam free gift gitu. lepas tu, malam dah mula sejuk badan, siap pakai stokin dalam bilik padahal bilik tu berbahang sebab mengadap matahari. makan ubat selsema, panadol, sakit tekak terus tidur. masyukk. esok pagi bangun, dah kurang sikit. alhamdulillah. balik rumah masa cuti raya haji aritu, kaklong pulak mata merah. panas dalam kot. siap bertahi mata gitu. haah, dia 1 family balik kluang, semua demam. yayas demam, abang megat demam, kakak pun ikut sekali. yang abang megat mata bengkak. ingatkan kenapa, rupanya ada alahan dengan ubat apa entah yang dia makan sebelum ni. maybe sebab abang makan ubat yang dr beri pada along, tak sesuai dengan sistem badan dia. naaa bengkak mata, kena cahaya silau, pedih katanya. alhamdul...