sambung belajar atau kerja?
soalan ni memang selalu dibahaskan, cewah. maknanya selalu menjadi igauan, persoalan yang boleh ganggu lena tidur malam mu. betul ke tak betul? tanya diri sendiri.
kita nak cakap lebih-lebih, kita pun bukan arif sangat. kita pun student lagi . hee . cuma, boleh kongsikan pengalaman je. lepas habis je exam degree dulu, terus kemas segala barang angkut balik kampung. waktu ni , family dah pindah ke kampung . tidak lagi duduk dalam kawasan utm. terasa sedih jugak la sebab bertahun membesar duduk dalam kawasan utm.
nak dijadikan cerita, dalam 2 bulan lepas tu keje part time sebagai pembantu penyelidik (research assistant, r.a) dengan lecturer. sebabnya ada kawan-kawan cari pengganti sebab dorang dapat better offer. okeh jom lah , bawak geng sekali try pegi interview. hehe . takda la formal sangat interview, setakat bincang itu ini pasal grant research, projek, skop kerja, bayaran apa semua. dan alhamdulillah dapat keje r.a.
waktu ni, ada beberapa orang kawan kita dah sambung master degree dekat utm. kita yang sebagai r.a part time ni macam berkobar-kobar tengok dorang sekumpulan pegi sana-sini bersama, bincang benda yang sama, dan lain-lain. macam jeles la gitu bahasa mudah. dalam hati, moga-moga ada peluang untuk sambung nanti. kalau di utm (pada masa kita final year), memang awal-awal ramai dah student dapat offer untuk sambung master. laju seh postgraduate school buat marketing untuk tarik minat pelajar. hehe . waktu tu, boleh decide terima ke tangguh ke decline terus ke. dan fikir la dulu masak-masak. sebab dalam hati kau mesti tengah berkobar-kobar, wah aku dapat offer master laa. macam happy sangat hidup masa tu .
namun, semuanya berbalik pada rezeki. kalau Allah perintahkan itu rezeki kita pada masa itu, ye itu rezeki kita. pengalaman kita, masa untuk pendaftaran intake september (tahun 2013 kot) bukan rezeki kita untuk register. pada masa tu, lepas bincang dengan family, kata sepakat hold dulu keinginan untuk sambung master. sebab adik ku sayang akan masuk umt pada intake yang sama. hee . happy untuk adik . kita kena faham, bukan semua family berkemampuan untuk tampung kos pengajian atau lain-lain. pada masa tu, ingat lagi abah pesan; abah tak halang kakak untuk sambung master, cuma mungkin kita perlu beri peluang pada adik dulu.
kita sebagai anak; hanya diam waktu tu. tak mampu balas dengan kata-kata. malam tu macam sedih melampau dan mampu nangis je. sebab rasa sedih sangat impian nak sambung belajar ikut member-member tak tertunai, ketika itu. haa ada nampak tak niat tu ke mana? mungkin sebab niat kita ni macam ke mana je, Dia tangguhkan dulu rezeki kita. maka, pertamanya, niat kita kena betulkan. untuk apa sambung belajar, kita kena fikirkan. tak boleh suka-suka ikut kawan. ok tak pa, kita terima dengan hati terbuka, cewah. hee . ada hikmah juga, sebab lepas kita tak jadi sambung masa tu, lecturer kita offer untuk jadi r.a 1 projek konsultansi dengan 1 developer ni.
ok la, buat kerja macam kita nak buat final year project tu. cari literature sikit, and kita ditugaskan oleh ketua projek untuk tolong kerja-kerja admin. ok kan, ada peluang jumpa orang sana-sini, belajar itu ini, tak rugi juga kan. gaji pun cukup cover makan minum, duit sewa bilik, minyak kereta (bagi kat tuan punya kereta sebab tumpang kereta dia pi mana-mana. haha), dapat bagi sikit pada emak abah and adik yang dekat uni sana tu. happy juga . tak lupa, masih menyimpan hasrat untuk sambung belajar jauh di lubuk hati ku yang paling dalam. haha
dah settle semua pendokumentasian untuk projek tu, dalam akhir januari 2014. ada lecturer offer kita untuk sambung study. alhamdulillah dah nak capai dah ni hasrat lubuk hati paling dalam. huhu . dengan duit simpanan sikit masa kerja r.a, bincang dengan abah mak, dorang sokong je apa yang kita nak buat. akhirnya daftar juga jadi pelajar master di utm intake februari 2013/2014. tapi buat di fakulti lain daripada masa degree. bermula lah hidup sebagai student. namun, bukan mudah juga bila kita dah masuk alam posgraduate ni. hihihi . penuh onak liku berombak. hehe .
ha yang tu nanti kita story tau! :)
apa pun, bila nak sambung belajar. niat kita kerana apa. apa-apa bermula dengan niat, insyaAllah niat kita baik untuk cari, belajar, teroka ilmu Allah ni, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan.
selain tu, sokongan keluarga. dorang lah tempat kita untuk kita luahkan segala apa yang terbuku dalam hati.kalau stress buat itu ini, shoot terus balik rumah. 1 ketenangan yang kau je akan rasa bila ada kat rumah. best kan ? walau dorang tak faham apa yang kau tengah tulis untuk research/tesis kau, percayalah, dorang tu adalah sumber kekuatan yang terbaik kita ada.
sokongan kawan-kawan seangkatan.yang ni pun sangat main peranan . kalau eden ni, terasa 1 kejanggalan. sebab , beza fakulti . padahal takda apa pun. buat macam biasa je. korang boleh share macam-macam sebab dorang akan faham apa yang kita rasa. pahtu ajak join apa-apa aktiviti. ikut fakulti tu arrange aktiviti apa-apa ke, kalau aktif, banyak aktiviti kau boleh join. kalau tak, kita kena cari mana-mana peluang aktiviti yang boleh suburkan semangat nak tulis tesis, upgrade apa-apa skills ke. takpun, mesti postgraduate school uni masing-masing dah siap-siap agenda tahunan dorang kan. tinggal rajin malas je nak check website and join (macam aku la tu haha)
sokongan kawan-kawan yang dah bekerja . kita jangan pulak mendabik dada, oh aku sambung master kot. kau keje pakai degree je . hampeh kalau jumpa orang macam ni. jangan ok. jangan sesekali buat macam ni. mungkin antara kawan yang dah keje tu, teringin nak sambung belajar juga. takpun, kita ni ha yang sambung belajar, mesti rasa eh bestnya orang dah kerja. ha kan, betul tak? kita kena hormat keputusan masing-masing. dan masing-masing punya rezeki. eratkan silaturahim kalian. geng-geng kita yang dah kerja dalam industri banyak benda/input kita boleh dapat dari dorang semua.
apa pun, bila nak sambung belajar. niat kita kerana apa. apa-apa bermula dengan niat, insyaAllah niat kita baik untuk cari, belajar, teroka ilmu Allah ni, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan.
selain tu, sokongan keluarga. dorang lah tempat kita untuk kita luahkan segala apa yang terbuku dalam hati.
sokongan kawan-kawan seangkatan.
tak lupa juga faktor kewangan. sekarang ni agak sukar juga nak dapat mana-mana scholarship. tapi takpa, usaha cari dulu, apply, mana tahu ada rezeki. kalau ada yang nak kerja part time kat mana, boleh takda masalah. cuma kena pandai bahagi masa, biar dua-dua kita boleh laksanakan dengan baik.
kalau stress ke apa ke, kena fikir balik. kita pilih jalan ni, maka kita kena usahakan sebaik mana yang kita mampu buat.
okeh, penat juga bebel dalam hati sambil menulis ni. nanti sambung lagi ya.
Comments
Post a Comment