Skip to main content

nasi lemak cool

asalamualaikum :)

harini (semalam) hari jadi mekwan. hehe. yang lawaknya, pagi-pagi pukul 8 ke macam tu whatssap dr sebab nak inform kena pegi jumpa orang lain pagi ni dulu. terus je dr kata kita kena beli kek. hehe. tergamam pukul 8 mana nak cari kedai kek. haha. den suggest takpa nanti habis urusan dengan orang tu den pegi cari kek birthday untuk mekwan. ok dr pun setuju.

pegi la bincang itu ini, ada je yang kena tambah. bila daa mau hantar printing. lama sangat dah ni. oh lupa den keje part time la kiranya ni sebagai research assisstant. yaloh nak cari duit poket bagi lepas duit yuran, makan, minyak semua. alhamdulillah dengan titik peluh keje r.a ni juga ada rezeki untuk sambung belajar ke peringkat sekarang ni. ni nanti kita cerita hari lain ya.

nak dijadikan cerita sebab den takut lambat sampai dan masuk discussion tu, den laju-laju pegi tapau nasi lemak dekat makcik yang jual kat tepi jalan dekat dengan sekolah agama sri pulai ni. hehe. suka sebab nasi lemak dia sedap, sambal pada eden pedas sikit-sikit tapi sedap dan berbaloi lah. request telur rebus makcik tu bagi seketul besar tu baru rm2.50. tekejut juga la, alhamdulillah sedap. hehe. ok lepas tu terus pecut ke ofis technopark sana. sampai je kat parking, uih awal lagi ni ada 20minit lagi. ok apa lagi dengan aircond sejuk, gerimis renyai-renyai, makan la nasi lemak sedap lagi panas dalam keta dengan sedapnya aman damai.

haha tengah sedap balun nasi lemak tu, tiba-tiba ada kancil biru park dekat sebelah. hah abang tu pandang je den yang tengah makan dengan tahap lahap ni. hahaha. masa tu memang tak tahu nak cover macamana, nak letak muka kat mana dah. terus capai henfon konon-konon check whatssap. padahal dok tweet malu. hahaha. lama gak dia dok ke hulu ke hilir keliling keta dia tu. den dah apa ni bila nak blah abang ni. sambil ketawa sendiri dalam keta sebab tak tahan malu. sure dia nampak lahapnya budak ni makan, nasi lemak je pun. haha. hary tweet kata takpa buat cool aje haha. tq mek hary!

cepat-cepat habiskan nasi lemak yang sedap tu, terus naik ofis dorang. den cerita kat bos no dua and kak syida. haha. kena la ketawa, siap offer lain kali makan je kat pantri ofis ni. janji jangan makan dalam bilik bos, nanti semerbak bau nasi lemak tu. haha. tq bos no dua!

ok lepas habis bincang setakat harini la (tadi), terus pecut pegi taman u cari kedai kek. nak tengok season susah parking. paham-paham jelah taman u tu dia punya busy macam kolumpo dah. haha tipu nye. yaloh lagi-lagi lunch hour. ha sudah memang menempah la kereta banyak masa tu. pegi sds je, beli kek untuk mekwan. kak ni kawan akak birthday yang ke berapa kak? yang ke 27!! 27! confident.

bawak balik kek dengan hasil tapau untuk lunch dari kedai makjah (sederet kedai rainbow, lily, unique, i-print tu semua) superpower sedap lauk kari ayam & favaourite dr tauhu sumbat dia tu senyap-senyap masuk ofis, mekwan takda. line clear. hehe. masa nak potong kek, happy betul den nyanyi happy birthday to you dekat mekwan, sekali tengok dekat kek adoi macamana boleh letak 27 tahun ni. adoi. dah tentu mekwan ni sebaya aku. hahaha. advance birthday sampai tahun depan la jawabnya.

- happy birthday mekwan ibu mengandung yang ke 26 tahun, semoga murah rezeki, sihat selalu, dimudahkan urusan didunia akhirat, bahagia hingga syurga bersama suami dan anak-anak.

Comments

Popular posts from this blog

...tergantung sepi... - Bahagian 1

Kabus pagi di Keyuan Hotel, Chongqing, Republic of China - November 2014  ...berat rasanya sukar diluahkan, bernafas ragu berhembus pilu, perasaan ini tergantung sepi... - Haqiem Rusli - bait-bait lagu itu menusuk jiwa aku. dalam diam aku berfikir, mungkin ini yang dia rasakan. saat pencinta hatinya sepi dari hadir, yang aku rasa hadir dirinya itu wajib untuk dia. dan aku rasa setiap alasan yang dirinya berikan, fikiran aku tak dapat putar dari mana logiknya dia terus sepi. aku kasihan lihat dia. aku rasakan, mungkin hanya sekelumit sedih. namun, hati permaisuri hatiku, hati raja hatiku, pasti. lagi sedih, kecewa dan risau. dalam diam, mungkin dia sembunyikan perasaannya. risau dia, peritnya dia, keseorangan. menempuh tanda tanya dari sekeliling. mulut-mulut yang tentunya tak mampu dia tutup. terus menerus bertanya, malah mendesak. dimana hadirnya dirinya untuk dia. untuk tanggungjawab, untuk amanah yang raja hatiku tebarkan pada sayap dirinya. seba...

siapa tak nak cantik? - Part 2

uhui, sambung lagi...  lepas tu gatal nak putih pulak. waktu tu dalam 2014 ke 2015 tu memang meletop bagai produk-produk memutih dalam masa super instant! dalam 1, 3 hari, seminggu semua confirmed putih! iklan depa la kata lagu tu. kami pun terjebak weh! bongeks. beli 1 produk ni. ada sabun, krim siang & malam, serum, toner. sabun memang kami tak pakai sebab dulu pakai sabun beras pun kulit jadi kering giler. pakai lain-lain, tapi masih pakai tto cleanser cosmoderm. lepas pakai krim malam, still apply lagi krim vitamin E cosmoderm tu. huhu. sekarang depa dah buat packaging baru, dalam tube je. dulu kami beli  masih dalam jar tu.  ya! memang putih! hahaha. waktu tu cuma perasan jerawat makin kurang, ada pun 1, 2 besar pahtu kecut dah. ada junior tegur masa terjumpa dekat kafe; "kakak pakai apa ni?" waktu ni kami serius tak faham dia tanya apa. kami tanya balik; "pakai apanya?" dia jawab; "muka akak nampak lain la sekarang". yang kami ni blur l...

siapa tak nak cantik? - Part 1

asalamualaikum semua!  beriya sangat ni. sebab tengah sakit pinggang lenguh kaki hadap laptop. tapi nak juga membebel dekat sini. tolong la beringat yang hang punya ..... belum siap uit. takda nak taip jugak. pasal nak cantik ke tidak? seharusnya semua perempuan nak cantik la. sekarang macam-macam benda boleh tepek dekat muka, cucuk situ sini, macam-macam la.  disebabkan kami ni macam skema tak tahu sangat pasal benda-benda ni (poyo, tapi serius). tahap bila kena tegur sebab pegi ofis supervisor selalunya akan pakai jeans, tshirt lengan panjang la kan, tudung bawal (wajib je kami rasa haha), kasut sport ke, apa jela janji bertutup bukan nak fancy sangat. haha ada kakak staf ni tegur, "awak ni pakai la cantik sikit datang ofis ni, pakai bedak sikit, lipstick sikit. lawa-lawa." masa ni dah macam kelam hidup kami ni. hahaha. mendung guruh berdentum kami rasa. kami cover muka je depan staf lelaki yang ada sekali depan meja supervisor ni. haha  ...