Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Tolong...

tempat cari ilham, bilik supervisor ku :) assalamualaikum semua, harap sihat hendaknya. Tolong.... Tolong... Tolong.... perkataan tolong ni sesuatu sangat. pada aku lah. sesuatu yang sensitif kalau kau diminta untuk buat sesuatu kerja yang banyak dalam 1 masa, dan paling penting nak cepat. kalau aku, aku try buat tapi ikut priority. mana 1 nak kena hantar dulu, mana 1 dateline yang cepat menjengah kalendar hidup ni.  itu ok la. macam okey je. kalau dapat perkataan tolong yang mendesak itu ini, umpama tolong beli, tolong bayar... mesti liat sikit. haha. contohnya, tolong bayar hutang ptptn. tolong bayar hutang kawan kau, tolong belanja.. haha. betulkan? tapi, tengok keadaan ok. kalau waktu itu, kawan atau individu yang dapat perkataan tolong tu tengah masyuk, mesti dia tak kisah je nak belanja, nak bayar hutang dan lain-lain.  tolong pada episod kali ini dalam hidup aku, ialah tolong buat/cari..... aku tak kisah untuk buat benda ni. cuma, ke...

antara dua

kalau kau pernah dalam situasi ini, kita sama. dalam apa jua kau buat, kau berada di antara dua. antara dua yang penting dalam hal kau hadapi sekarang ni, ada hati perlu kau jaga. dua hati yang hidup, sakit bila disakiti. namun satu seringkali kita abaikan, hati kau sendiri. dalam diam, kau mengeluh. kau merungut, kau jadi geram. kau rasa dihimpit, kau akan rasa ditekan. hati kau, kau yang jaga. hati aku, aku yang jaga. bukan dia, bukan dia yang seorang lagi, tapi aku. cuma aku.

taktik awal eden nak survive postgraduate life!

ok, kita sambung pasal master atau kerja? macamana eden meneruskan hidup sebagai pelajar ni. apa je tajuk post ni. kelakar pulak rasa. bedal lah, amaran ya. taktik/cerita ni mungkin sesuai dengan anda mahupun tidak. maka jangan blame kat saya kalau tak sama ok. (dah macam review product skincare pulak dah!) yup , lepas   daftar je   sebagai master student, dah tentu la kena prepare and update proposal. eden daftar untuk research, maka kurang sikit kelas. kecuali masa semester 1, ada kelas research methodology, 1 kelas subjek universiti (kita ambik kelas global issue-campur dengan student dari fakulti lain), lagi tak ingat. hee . sambil sambung ni, untuk generate income juga, kita jadi r.a dengan supervisor. tolong buat  research, ikut la topik apa grant tu . dari awal lagi semua kena belajar sendiri. sebab jadi r.a bukan je cari literature semata, tapi kena ber...

sambung belajar atau kerja?

sambung belajar atau kerja? soalan ni memang selalu dibahaskan, cewah. maknanya selalu menjadi igauan, persoalan yang boleh ganggu lena tidur malam mu. betul ke tak betul? tanya diri sendiri. kita nak cakap lebih-lebih, kita pun bukan arif sangat. kita pun student lagi . hee . cuma, boleh kongsikan pengalaman je. lepas habis je exam degree dulu, terus kemas segala barang angkut balik kampung. waktu ni , family dah pindah ke kampung . tidak lagi duduk dalam kawasan utm. terasa sedih jugak la sebab bertahun membesar duduk dalam kawasan utm.  nak dijadikan cerita, dalam 2 bulan lepas tu keje part time sebagai pembantu penyelidik (research assistant, r.a) dengan lecturer. sebabnya ada kawan-kawan cari pengganti sebab dorang dapat better offer. okeh jom lah , bawak geng sekali try pegi interview. hehe . takda la formal sangat interview, setakat bincang itu ini pasal grant research, projek, skop kerja, bayaran apa semua. dan alhamdulillah dapat keje r.a.  ...

ponstan & kopiko

assalamualaikum, harap semua sihat-sihat belaka :) kita baru baik demam. haritu sikit-sikit simptom dia datang. mula-mula selsema. kita kalau selsema, teruk ler. dalam 1jam boleh berpuluh kali bersin. sebab setiap 1 kali bersin, ada 3 kali. haha. macam free gift gitu. lepas tu, malam dah mula sejuk badan, siap pakai stokin dalam bilik padahal bilik tu berbahang sebab mengadap matahari. makan ubat selsema, panadol, sakit tekak terus tidur. masyukk. esok pagi bangun, dah kurang sikit. alhamdulillah. balik rumah masa cuti raya haji aritu, kaklong pulak mata merah. panas dalam kot. siap bertahi mata gitu. haah, dia 1 family balik kluang, semua demam. yayas demam, abang megat demam, kakak pun ikut sekali. yang abang megat mata bengkak. ingatkan kenapa, rupanya ada alahan dengan ubat apa entah yang dia makan sebelum ni. maybe sebab abang makan ubat yang dr beri pada along, tak sesuai dengan sistem badan dia. naaa bengkak mata, kena cahaya silau, pedih katanya. alhamdul...

nasi lemak cool

asalamualaikum :) harini (semalam) hari jadi mekwan. hehe. yang lawaknya, pagi-pagi pukul 8 ke macam tu whatssap dr sebab nak inform kena pegi jumpa orang lain pagi ni dulu. terus je dr kata kita kena beli kek. hehe. tergamam pukul 8 mana nak cari kedai kek. haha. den suggest takpa nanti habis urusan dengan orang tu den pegi cari kek birthday untuk mekwan. ok dr pun setuju. pegi la bincang itu ini, ada je yang kena tambah. bila daa mau hantar printing. lama sangat dah ni. oh lupa den keje part time la kiranya ni sebagai research assisstant. yaloh nak cari duit poket bagi lepas duit yuran, makan, minyak semua. alhamdulillah dengan titik peluh keje r.a ni juga ada rezeki untuk sambung belajar ke peringkat sekarang ni. ni nanti kita cerita hari lain ya. nak dijadikan cerita sebab den takut lambat sampai dan masuk discussion tu, den laju-laju pegi tapau nasi lemak dekat makcik yang jual kat tepi jalan dekat dengan sekolah agama sri pulai ni. hehe. suka sebab nasi lemak dia sedap,...

Selamat Datang ke Bumi UTM Sanjungan Bangsa

assalamualaikum semua. hehe. baru ada semangat sikit nak menulis. semalam tumbang lepas "kerjakan" tesis dengan demamnya dan selsemanya. lama tak kena selsema. bila kena, Allahuakbar. bersin tak berhenti. siang dah pergi PK Utm and dah dapat ubat semua. rehat sehari. alhamdulillah kurang sikit. Dr pun takda arini so dapat rehat arini dekat bilik :) arini hari kedua semester 2016/2017 bermula. hee seronok je tengok adik-adik junior pergi kelas ke lab ke pakai baju kurung, kemeja semua. smart, handsome, comel, lawa semualah. hehe. semoga berjaya adik-adik junior yang baru and adik-adik (pelajar kanan) untuk semester baru. tengok depa semua teringat masa dulu-dulu, masa pertama kali jejak kolej 11 (sekarang KTDI dah) abah hantar siap-siap depan blok. huhu dapat ground floor waktu tu dekat ma1. masyuk oh tak payah naik lif bagai. kau sorong je beg terus sampai pintu bilik haha. nice. dapat rumate comel, harry asal PJ. hihi sampai sekarang alhamdulilah masih contact each othe...

lalala

asalamualaikum untuk diriku :) selamat datang kembali ke dunia blogspot. dah lama sebenarnya nak menulis semula tapi kekangan masa sangat tak mengizinkan. kalau sebelum ni blog dah aku delete sebab unsur-unsur kematangan posts terdahulu sangat la nipis. haha. lawak bila baca balik semua post tu. 1 dunia nak diberitahu yang nampak kurang matang tu. and now dh umur 26 tahun ni kena beragak sikit dalam apa jua yang ditulis (konon jek). hahaha. sekarang tengah struggle untuk hantar tesis master. ye lah, umur dah 26 tahun namun masih dibangku universiti lagi. hehe.  ok untuk first entry ni je kot dulu. nak kena "kerjakan" tesis lagi. nanti sambung.